Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ham.pa] | برهمڤا

Definisi : ; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhampa


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berhampa tangantidak men­dapat (membawa) apa-apa;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhampa tangantidak mendapat apa-apa (hasil);Kamus Dewan Edisi Keempat
berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil);Kamus Dewan Edisi Keempat
tangan1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa meme­rin­tah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak men­dapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala per­buatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menang­gung­nya; ~ penat memerah, pasu mendapat san­tan­nya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak se­nonoh; dlm genggaman ~ orang prb di ba­wah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bu­­kan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) me­nangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
hampa1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas