iklim | 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhawa | mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhawa | 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhawa | mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. | Kamus Pelajar |
mintakat dingin | daerah berhawa dingin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklim sederhana | (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklim tropika | (kawasan) berhawa panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklim panas | (kawasan) berhawa panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklim dingin | (kawasan) berhawa dingin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah dingin | negeri yg berhawa dingin | Kamus Dewan Edisi Keempat |