leter | (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhenti-henti | tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhenti-henti | tidak terus-menerus, terputus-putus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhenti-henti | tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. | Kamus Pelajar |
berputusan | berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejur | tidak berhenti-henti (hujan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak tempohnya | tidak berhenti-henti, sentiasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak selet | tidak berhenti-henti, tidak berselang, terus-menerus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlanjut-lanjut | tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang, bersambung-sambung, terus-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terputus-putus | berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |