Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hubung; berhubung 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. ~ awam amal­an menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesra­an, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh sesebuah syarikat, institusi dsb. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hubungberhubung 1. bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2. ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3. bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4. bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1. menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2. menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3. mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1. kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2. hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3. ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1. hal berhubung; perkaitan; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2. alat utk berhubung atau lalu lintas (spt jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3. cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1. orang yg menghubungkan. 2. alat yg digunakan utk menghubungkan.Kamus Pelajar
sendi I1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berwawansabdaberhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
wawansabdaark wawancara; berwawansabda berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertalian1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persendianbahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tali1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya.Kamus Pelajar
sendi tulang= persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertalian 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas