beriberi | /béribéri/ sj penyakit bengkak-bengkak pd kaki kerana kekurangan vitamin B. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beriberi | (béribéri) sj penyakit akibat kekurangan vitamin B1, yg menjejaskan saraf, menyebabkan sakit, bengkak, dan lumpuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebar II | 1. berasa kebas, kesemutan; 2. beriberi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cangkering | sj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat beriberi), Erythrina fusca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untut | 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basal | sj penyakit bengkak-bengkak pd badan atau sembap (kerana sakit beriberi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vitamin B1 | salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiamina | sj vitamin B kompleks yg terdapat pd sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, yg kekurangannya boleh mengakibatkan penyakit beriberi, vitamin B1. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vitamin | bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk meningkatkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |