beridentiti | mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beridentiti | mempunyai identiti, ada identitinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integrasi | penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integrasi | gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
identiti | /idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yg dpt melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yg lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. beridentiti mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: Satu ideologi yg ~ diri kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
identiti | (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru; beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya; beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |