bernas | 1. berisi penuh (padi, susu, dll): anak-anak padi tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, buahnya lebat dan ~; 2. subur dan banyak hasilnya (tanaman padi): tanamannya ~; 3. ki berisi (ucapan dll): kemukakanlah fikiran yg bernilai dan ~; kebernasan perihal bernas, bernasnya: ~ isi atau fakta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap | 1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah terurai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdakwat | 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermuat | 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkandung | 1. berisi, bermuat; 2. hamil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isi | 1 apa-apa yg termuat dlm sesuatu; kandungan: Peti ini tidak ada ~nya. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu; pati: Syarahannya panjang tetapi ~nya sedikit. 3 daging buah (pd buah mempelam, durian dll). ~ dada (hati) apa-apa yg terasa atau terfikir; perasaan. ~ kahwin pemberian yg wajib drpd pengantin lelaki kpd pengantin perempuan; mas kahwin. ~ kampung penduduk sebuah kampung. ~ perut a. bahagian badan yg di dlm perut (usus dll). b. segala yg terfikir (tersimpan) dlm hati. berisi 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. mengisi memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh melalui kemerdekaan. ~ waktu melakukan sesuatu utk memenuhi masa yg terluang. mengisikan memasukkan sesuatu sbg isinya: Mereka sedang ~ barang-barang itu ke dlm kereta. perisian data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. ~ cetak rompak perisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram. pengisian hal (perbuatan dsb) mengisi atau mengisikan. pengisi 1 sesuatu yg diisikan; perkakas dll utk mengisi. 2 orang yg mengisi. angka ~ faktor: 2 dan 4 ialah angka ~ bagi 8. ~ dakwat tempat utk menaruh dakwat dlm pena. ~ perut apa-apa yg dimakan atau yg diminum. ~ waktu apa-apa yg dilakukan utk memenuhi waktu lapang. seisi seluruh isi: ~ kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dakwat | cairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penuh | 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), menunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu menjadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
montok | 1. penuh berisi (bkn tubuh atau bahagian tubuh), gemuk berisi, besar lagi padat, montel: air mata berlinang di pipinya yg masih ~ itu; 2. besar dan bernas (tetek); kemontokan perihal montok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuh tepu | 1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |