Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : laporan ttg sesuatu hal; khabar: ~ ttg perundingan mereka di rumah Siti Fatimah telah sampai kpd Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. memberitakan membuat laporan ttg sesuatu; mengkhabarkan: Surat khabar itu ~ bahawa persidangan tiga negara itu terpaksa ditunda. pemberitaan perihal atau perbuatan memberitakan. pemberita orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mensensasikanmenjadikan, menyiar­kan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kolumruang (dlm surat khabar, majalah, dsb), lajur: berita-berita hangat selalu mendapat tempat dlm ~ surat khabar; berkolum-kolum beberapa (banyak) kolum, beruang-ruang: laporan mengenai kejadian itu ditulis ~ panjangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengecutkan hatimenakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
terdetik1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
wartaberita; khabar. ~ berita bermacam-macam berita. ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari. ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang dll yg telah disahkan. mewartakan 1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi. pewarta orang yg memberitakan; pemberita. wartawan orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. kewartawanan segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sensasi(sénsasi) 1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg mem­bangkit-kan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb): ~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkan-nya ke seluruh masyarakat; 2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll): berita-berita itu kebanyakan-nya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~; mensensasikan menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengecutkan1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
wartaberita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan; ~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali; ~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin; mewartakan memaklumkan, memberitahu­kan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai; terwarta telah diwartakan: teks ~; pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan; pewarta orang yg memberitakan, pemberita.Kamus Dewan Edisi Keempat
khabarlaporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merebak1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas