berjahat | 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjahat | melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjahat | 1. melakukan perbuatan yg jahat (spt berzina dll). 2. berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. | Kamus Pelajar |
jahat | tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jahat | tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya:Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1. melakukan perbuatan yg jahat (spt berzina dll). 2. berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd:Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (spt penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. | Kamus Pelajar |
bermain | 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) perempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahat | buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Bendahara; menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
main I | 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenangsenang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) perempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyibunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan | sj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |