berjawat | berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjawat tangan | berjabat tangan, bersalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjawat | berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan, bersalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawat | ; berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jawat | berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1. memegang:~ tangan; ~ lembing. 2. menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat:Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (spt pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana. jawatankuasa beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. | Kamus Pelajar |
tepuk I | 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawat | jabat, pegang; sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan, bersalaman; menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, menerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); sejawatan sama jawatan: rakan ~; berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhidmatan Awam; penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |