berjujukan | berderetan mengikut susunan (masa atau tempat): pencapaian konsep dan ekstrapolasi yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengendalian berjujukan(sequential operation) | Pengerjaan tugas mengikut giliran kerana pemproses hanya boleh memproses satu tugas pada satu ketika. | Kamus Komputer |
capaian berjujukan(sequential access) | Kaedah pencapaian data tersimpan yang hanya boleh dilakukan mengikut deretan penyimpanan atau kedudukannya dalam bahantara storan. | Kamus Komputer |
storan capaian berjujukan(sequential-access storage) | Kaedah penyimpanan data secara berderetan yang apabila data hendak dicapai kembali, giliran data tersebut terpaksa ditunggu sebelum data itu boleh diambil oleh sistem. | Kamus Komputer |
peranti capaian berjujukan(sequential access device) | Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara berderetan. Misalnya, pita, kaset, katrij, dan cakera magnet. | Kamus Komputer |
baris(line) | 1. Susunan berjujukan suruhan atur cara. Baris atur cara boleh dinomborkan, seperti dalam bahasa BASIC, atau tidak bernombor, seperti dalam Pascal dan C. 2. Ruang paparan yang boleh menempatkan sebaris teks. | Kamus Komputer |
jujuk | Kl; berjujuk, berjujuk-jujuk beratur, berbanjar, berduyun-duyun; berjujukan berderetan mengikut susunan (masa atau tempat): pencapaian konsep dan ekstrapolasi yg ~; jujukan urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litar lata(cascaded circuit) | Litar elektronik yang disusun secara berjujukan. | Kamus Komputer |
penalian paip(pipelining) | Proses memecahkan dan menyusun suruhan dalam susunan berjujukan supaya dapat diproses atau dihulurkan dengan lebih mudah. | Kamus Komputer |
QISAM | Singkatan bagi queued indexed sequential access method, iaitu kaedah capaian berjujukan terindeks baris gilir. | Kamus Komputer |