semenda | pertalian kekeluargaan yg terjalin kerana berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga (jika dilihat dr pihak keluarga itu): orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga. bersemenda berkahwin (dgn). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah tangga | 1 segala yg berkaitan dgn urusan rumah atau kehidupan dlm rumah. 2 perkahwinan: ~ yg bahagia. mendirikan ~ berkahwin. berumah tangga berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudian | 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkahwin | mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkahwin | mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkahwin | bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkahwin | mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadis | 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bini-binian | 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langkah bendul | a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |