berkapal-kapal | banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal I | bahtera atau perahu besar yg ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk mendalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengandungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkapal | 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkapal | 1 ada atau mempunyai kapal. 2 belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal: Dia ~ ke Mekah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkapal | 1. ada atau mempunyai kapal. 2. belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal:Dia ~ ke Mekah. | Kamus Pelajar |
kapal | kenderaan di air (lebih besar drpd perahu dan ada geladak) yg biasanya belayar di laut. ~ api (asap, stim) kapal yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. ~ dagang (niaga) kapal yg membawa barang-barang dagangan. ~ haji kapal yg membawa jemaah haji. ~ korek jentera yg berupa kapal yg digunakan utk mengorek bijih timah dll. ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar. ~ penumpang kapal yg membawa penumpang. ~ perang kapal utk berperang. ~ pukat kapal yg dilengkapi alat utk menangkap ikan. ~ selam kapal yg dpt bergerak di dlm air. ~ tangki kapal yg mempunyai tangki utk mengangkut minyak, susu getah dll. ~ terbang kenderaan berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). ~ terbang jet kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. berkapal 1 ada atau mempunyai kapal. 2 belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal: Dia ~ ke Mekah. perkapalan hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapal | kenderaan di air (lebih besar drpd perahu dan ada geladak) yg biasanya belayar di laut. ~ api (asap, stim) kapal yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. ~ dagang (niaga) kapal yg membawa barang-barang dagangan. ~ haji kapal yg membawa jemaah haji. ~ korek jentera yg berupa kapal yg digunakan utk mengorek bijih timah dll. ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar. ~ penumpang kapal yg membawa penumpang. ~ perang kapal utk berperang. ~ pukat kapal yg dilengkapi alat utk menangkap ikan. ~ selam kapal yg dpt bergerak di dlm air. ~ tangki kapal yg mempunyai tangki utk mengangkut minyak, susu getah dll. ~ terbang kenaikan (kenderaan) berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). ~ terbang jet kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. berkapal 1. ada atau mempunyai kapal. 2. belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal:Dia ~ ke Mekah. perkapalan hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). | Kamus Pelajar |
berdayung | 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayung | 1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |