berkeadaan | berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkeadaan | (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergawang | berkeadaan menggawangkan tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercangkaliwang | berkeadaan serabut, tidak keruan: ingatannya dlm perjalanan itu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kental | 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelam-kabut | berkeadaan (berlaku, bergerak dgn) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau: wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berculang-caling | berkeadaan tidak tentu arah, bercelaru: garisan-garisan yg ~ tanpa hujung pangkal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cangkaliwang | ; bercangkaliwang berkeadaan serabut, tidak keruan: ingatannya dlm perjalanan itu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagus | 1. berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik: barang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan; 2. sangat cantik: parasnya yg ~ menawan hati putera raja itu; 3. digunakan sbg kata pujian: ~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dgn baik sekali;membaguskan membuat jadi bagus;memperbagus membuat supaya lebih bagus: hendaklah dia ~ hatinya;kebagusan perihal bagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejuk beku | diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (bkn bahan makanan dsb): kesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dgn ikan segar biasa; sperma ~; menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dsb) sejuk beku: peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah; penyejukbekuan proses (perbuatan, tindakan dsb) menyejukbekukan: buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan; pektin digunakan utk mengawal saiz hablur ais yg terbentuk semasa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |