penceburan | perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan: bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dgn ~ para cendekiawan pd masa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesat I | 1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~; memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesat | 1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara. pemesatan perbuatan atau proses memesatkan: Banyak usaha dan banyak pihak yg terlibat dlm ~ ekonomi negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengkhusus | menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesat | 1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara. | Kamus Pelajar |
memperkembangkan | menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cebur | bunyi spt bunyi benda dibuang ke air; mencebur 1. terjun ke air; 2. membuat bunyi cebur; menceburi memasuki serta giat dlm (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dlm, melibati: sebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yg lebih menguntungkan; menceburkan 1. membuang (mencampakkan) sesuatu ke air; 2. menyebabkan termasuk ke dlm sesuatu atau berada dlm sesuatu keadaan (biasanya yg tidak menyenangkan): ini telah ~ Islam ke dlm proses pensekularan yg tidak masuk akal; ~ diri a) terjun ke dlm (air dll); b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dll): ~ diri dlm lapangan sukan; tercebur 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (telaga dll); 2. termasuk ke dlm (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dll): kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan; penceburan perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan: bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dgn ~ para cendekiawan pd masa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembang I | 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |