berkerak | ada keraknya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkerak | 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkerak | ada keraknya. | Kamus Pelajar |
bercekak (berkerak, bertolak) pinggang | berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roti perancis | roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggang | bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd bahagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerak | lapisan yg keras dan kering yg melekat pd sesuatu. ~ bumi lapisan bumi yg keras yg terdiri drpd batu hablur. ~ nasi nasi yg keras yg melekat di bahagian dasar periuk. berkerak ada keraknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerak | lapisan yg keras dan kering yg melekat pd sesuatu. ~ bumi lapisan bumi yg keras yg terdiri drpd batu hablur. ~ nasi nasi yg keras yg melekat di bahagian dasar periuk. berkerak ada keraknya. | Kamus Pelajar |
roti | sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerak I | lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling bahagiannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb menambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa mengalami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis-habisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |