keberkesanan | perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkesan | 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkesan | 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkesan | 1. meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2. menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll:Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? | Kamus Pelajar |
keberkesanan | keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, aturan dsb). | Kamus Pelajar |
berkoordinasi | melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
koordinasi | jalinan pertalian, tindakan dsb antara bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll yg menyebabkannya berjalan lancar dan berkesan: Utk memastikan kelancaran projek itu, ~ antara berbagai-bagai pihak yg terlibat amatlah diperlukan. berkoordinasi melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
absah | Id sah (bkn surat keterangan dll); mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll); keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; pengabsahan pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bait berkesan(effective byte) | Kata sepanjang 8 bit yang benar-benar dicapai atau dikerjakan secara fizikal dalam pengendalian. Bait ini diperoleh daripada proses pengolahan atau pengalamatan. | Kamus Komputer |
alamat berkesan(effective address) | 1. Alamat yang diperoleh daripada gabungan kandungan daftar indeks atau alamat suruhan mesin. 2. Alamat yang diubah suai oleh pemproses untuk memudahkan pencapaian ingatan. 3. Alamat sebenar yang digunakan untuk melaksanakan suruhan. Alamat ini mungkin tidak sama dengan alamat suruhan yang tersimpan dalam ingatan. | Kamus Komputer |