ketika I | waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya; seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkupautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waktu | 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |