Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khabarAr 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkhabarberkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas