berkias-kiasan | sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kias I | Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkias | bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kias | 1 contoh yg baik yg terkandung dlm cerita dll; teladan: cerita-cerita yg di dlmnya terdapat ~, ibarat, dan pelajaran. 2 contoh yg telah ada; perbandingan sesuatu dgn sesuatu hal yg telah berlaku; analogi. berkias bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kias | 1. contoh yg baik yg terkandung dlm cerita dll; teladan: cerita-cerita yg di dlmnya terdapat ~, ibarat, dan pelajaran. 2. contoh yg telah ada; perbandingan sesuatu dgn sesuatu hal yg telah berlaku; analogi. berkias bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1. menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan:Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2. menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1. contoh; teladan (dlm cerita dll). 2. sindiran. 3. ibarat; perumpamaan. | Kamus Pelajar |