berkilat-kilatan | berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitam | warna spt warna arang: Dia memakai baju berwarna ~. ~ berkilat warna hitam yg berkilat. ~ legam (pekat) warna yg sangat hitam. ~ manis warna kulit yg hitam kemerah-merahan. ~ putih pernyataan (perjanjian dll) yg dibuat dgn bertulis dan bertandatangan. ~ tampuk manggis hitam spt kulit buah manggis. menghitam menjadi hitam: Awan ~ di angkasa. menghitamkan menjadikan berwarna hitam; mengecat atau mewarnai dgn warna hitam: Ia ~ lukisannya dgn dakwat cina. kehitaman keadaan hitam. kehitam-hitaman seakan-akan hitam; agak hitam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkilat | 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkilat | mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkilat-kilat | bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkilat keningnya | cantik rupanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkilat | mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. | Kamus Pelajar |
hitam berkilat | warna hitam yg berkilat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hitam berkilat | warna hitam yg berkilat (agak berminyak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitam | 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |