berkod | mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlapanan berkod perduaan(binary coded octal) | Sistem kod yang menggunakan nombor perduaan yang panjangnya tiga bit untuk mewakili angka bagi suatu nombor perlapanan. Misalnya, nombor 357 dalam sistem perlapanan dikodkan sebagai 011 101 111 dalam sistem perlapanan berkod perduaan. | Kamus Komputer |
perpuluhan berkod perduaan(binary coded decimal) | Sistem mengekod data dengan angka perpuluhan asas 0 hingga 9 diwakili oleh angka perduaan empat bit yang setara (misalnya, 1 = 0001 dan 9 = 1001). Mengikut sistem ini, sebarang angka perpuluhan akan diceraikan kepada angka yang berasingan dan kemudian digantikan dengan nombor perduaan yang setara. Misalnya, 473 dalam sistem perpuluhan = 0100 1001 0011 perpuluhan berkod perduaan. Sistem ini digunakan untuk memudahkan penukaran nombor perpuluhan kepada bentuk nombor yang lebih sesuai untuk mesin dan penukaran sebaliknya. Singkatan BCD. | Kamus Komputer |
suruhan berkod(coded instruction) | 1. Suruhan atur cara komputer yang menggunakan sistem kod. 2. Arahan dalam bentuk kod untuk tujuan keselamatan. | Kamus Komputer |
set berkod(coded set) | Set data atau objek yang telah dikodkan ke dalam sistem kod. | Kamus Komputer |
perwakilan berkod(coded representation) | Bentuk perwakilan data atau objek yang dikodkan mengikut sistem kod tertentu. | Kamus Komputer |
output berkod(coded output) | Data output sistem yang telah dikodkan bagi tujuan keselamatan. | Kamus Komputer |
input berkod(coded input) | Data input sistem yang dikodkan bagi tujuan keselamatan. | Kamus Komputer |
imej berkod(coded image) | Imej objek yang ditangkap oleh sistem pengecaman penglihatan berkomputer dan dikodkan berdasarkan sistem kod tertentu. | Kamus Komputer |
data berkod(coded data) | Data yang dikodkan ke dalam sistem kod. | Kamus Komputer |