berkonvoi | berjalan atau bergerak bersama-sama atau beriring-iringan: 70 kenderaan pacuan empat roda ~ ke Jalan Segamat-Labis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkonvoi | berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dgn menaiki sekumpulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konvoi | 1 sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan. 2 sekumpulan kenderaan darat (kereta, motosikal dsb) yg berjalan atau bergerak bersama-sama: Sempena kempen itu, beliau melepaskan ~ sekumpulan penunggang motosikal yg turut disertai pengiring. berkonvoi berjalan atau bergerak bersama-sama atau beriring-iringan: 70 kenderaan pacuan empat roda ~ ke Jalan Segamat-Labis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konvoi | 1. sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh; 2. kumpulan kapal perdagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan; 3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama; berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dgn menaiki sekumpulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |