berlampu | mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumah api | menara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah | 1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ Allah a. Kaabah. b. bangunan khas, spt masjid, surau dsb tempat umat Islam beribadat. ~ api menara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ hijau bangunan khas yg bumbung dan dindingnya dibuat drpd kaca, gunanya sbg tempat menanam pokok dlm keadaan terkawal, melindungi tanaman drpd cuaca yg tidak baik dsb. ~ ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kaca rumah hijau. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~ panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak pembinaan. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau tanah orang lain secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan kemudahan asasnya tidak sempurna. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. perumah ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka sepejabat dan ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah | 1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ apimenara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil dll). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka tinggal ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah. | Kamus Pelajar |
lampu | 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupakan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg menggunakan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mempunyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |