landas I | 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu (objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk menjangkau sesuatu; berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesungguhnya kajian lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; berlandasan 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan: mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlandasan | 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan: mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpu | 1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan dll), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sampai, hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu; bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan, melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya; menumpu 1. = bertumpu menekankan (me-nolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki mem-beri sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak menerima, menolak (permohonan dll); ~ permintaan menolak permintaan; 3. meninggalkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); per-mintaannya ~ permintaannya ditolak; 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; umpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; pertumpuan perihal (perbuatan dsb) ber-tumpu: bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk dr bahagian tengah Queensland; penumpuan perihal (perbuatan dsb) menumpu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyokong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penunjang; ~ kaki bangku kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang I | galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |