leher | /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leher | (léhér) 1. bahagian tubuh yg menghubungkan kepala dgn badan: Shahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; bertegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berleher | 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berleher | 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekak I | ukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mempertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari telunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |