berlembah | ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlurah | ada lurah, berlembah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlurah | 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berselut | 1. penuh dgn selut: di sana sini terdapat kawasan yg berlembah dan ~; sungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; 2. diselaputi atau dikotori selut, kena selut: basuh tayar yg ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah | 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selut | lumpur: ia duduk di atas batas sambil menyapu-nyapu ~ di betisnya; jejak ~ kaki terbenam prb membuat sesuatu hal yg tidak diketahui benar-benar akhirnya akan mendapat kekecewaan; berselut 1. penuh dgn selut: di sana sini terdapat kawasan yg berlembah dan ~; sungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; 2. diselaputi atau dikotori selut, kena selut: basuh tayar yg ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembah | 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka bergelumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah I | 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |