terawang | tenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang; berterawang 1. berlubang-lubang, bertembuk-tembuk; 2. berkerawang; menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), mengkhayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung; ~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengukir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap; penerawang orang yg suka menerawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerawang | ukiran (tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang. berkerawang dihias dgn ukiran atau sulaman yg berlubang-lubang; berukir dgn kerawang; berterawang. mengerawang membuat kerawang (pd baju dll); menerawang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerawang | ukiran (tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang. berkerawang dihias dgn ukiran atau sulaman yg berlubang-lubang; berukir dgn kerawang; berterawang. mengerawang membuat kerawang (pd baju dll); menerawang. | Kamus Pelajar |
terawang | ukiran atau sulaman yg berlubang-lubang (spt yg terdapat pd rumah zaman dahulu); kerawang. berterawang 1 dihiasi ukiran atau sulaman; berkerawang. 2 berlubang-lubang; bertembuk-tembuk. menerawang 1 membuat terawang pd baju dll; mengerawang. 2 membuat lubang kecil-kecil pd baju sbg perhiasan dll. 3 memikir-memikirkan atau mengangan-angankan sesuatu; melayang jauh (fikirannya): Dia berkhayal dan fikirannya ~ entah ke mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
congkak III | sj permainan yg menggunakan kayu bujur yg berlubang-lubang dan buah-buahnya drpd biji saga (buah gorek, kulit lokan, dll), atau lubang-lubang yg dikorek di tanah; buah ~ biji saga (buah gorek, kulit lokan, dll) yg digunakan dlm permainan congkak; papan ~ kayu bujur berbentuk spt sampan dan berlubang-lubang yg digunakan utk permainan congkak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterawang | 1. berlubang-lubang, bertembuk-tembuk; 2. berkerawang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersawang-sawang | berlubang-lubang, banyak lubangnya: almarinya yg tua itu sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerobak | 1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng; ~ kerobek = ~-kerabik = ~ kerabit a) cabik cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergerek-gerek | berlubang-lubang: kayu yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbolong-bolong | berlubang-lubang (tembus). | Kamus Dewan Edisi Keempat |