Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlubang-lubang 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terawangtenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang; berterawang 1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang; menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), meng­khayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung; ~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengu­kir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap; penerawang orang yg suka menerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lubang1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlubang-lubang1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
berterawang1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerobak1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng; ~ kerobek = ~-kerabik = ~ kerabit a) cabik cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebuk I1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus.Kamus Dewan Edisi Keempat
terawangukiran atau sulaman yg berlubang-lubang (spt yg terdapat pd rumah zaman dahulu); kerawang. berterawang 1 dihiasi ukiran atau sulaman; berkerawang. 2 berlubang-lubang; bertembuk-tembuk. mene­rawang 1 membuat terawang pd baju dll; mengerawang. 2 membuat lubang kecil-kecil pd baju sbg perhiasan dll. 3 memikir-memikirkan atau mengangan-angankan sesuatu; melayang jauh (fikirannya): Dia ber­khayal dan fikirannya ~ entah ke mana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesuk1 lubang pd periuk dll. 2 lekuk atau kemik pd topi dll. berpesuk-pesuk banyak pesuknya; berlubang-lubang; berlekuk-lekuk: Dindingnya ~. memesukkan membuat pesuk pd; melubangi; melekukkan: Ada yg ~ dinding dan ada yg memanjat pagar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesuk1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus, bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya; berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-­renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~ dinding, ada yg memanjat pagar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembuk1 berlubang terus sampai ke sebelah; tembus: Tapak kasutnya ~. 2 berongga (gigi dll); berlubang: Giginya ~ dimakan ulat. menembuk membuat lubang pd kertas dll; menebuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas