Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma] | برما

Definisi : sl merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berma


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bermasl merah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah bermaBr tanda merah pd bayi ketika dilahirkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas