Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lesir II; bermain ~ bermain pedang (sj tarian dgn menggunakan pedang).Kamus Dewan Edisi Keempat
doboloark; bermain ~ bermain terup (dua puluh satu).Kamus Dewan Edisi Keempat
lancang IIkapal layar yg laju. bermain ~-~ bermain-main dgn melayangkan batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat).Kamus Pelajar Edisi Kedua
terup Isj permainan dgn menggunakan daun pakau; ~ keling sj permainan terup; daun ~ daun pakau; main (bermain) ~ bermain (ber­judi dll) dgn daun terup.Kamus Dewan Edisi Keempat
sulap I= sulapan permainan silap mata, sunglap; tukang ~ orang yg bermain sulap; main ~ = bermain ~ memberi pertunjukan silap mata; bersulap main sulap; menyulap 1. bermain sulap, bermain silap mata; 2. ki, bp menggelapkan (wang dll), menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3. ki, bp memalsukan (surat dll); 4. ki, bp mengubah dgn cepat (keadaan yg buruk menjadi baik dll); penyulapan perihal menyulap; penyulap orang yg menyulap, pemain silap mata, tukang sulap; sunglap.Kamus Dewan Edisi Keempat
permainan1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjudibermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjudibermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang:Dia jatuh miskin kerana ~.Kamus Pelajar
menyulap1. bermain sulap, bermain silap mata; 2. ki, bp menggelapkan (wang dll), menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3. ki, bp memalsukan (surat dll); 4. ki, bp mengubah dgn cepat (keadaan yg buruk menjadi baik dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bersorok-sorokanbermain sembunyi, bermain cari-carian;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas