berpahit-pahit | 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang menyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermanis-manis | melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermanis-manis | bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbunga-bunga | berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbunga | 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbunga | 1. ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2. = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3. mendapat bunga atau faedah:Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4. menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar |
manis | 1 (be)rasa spt rasa gula atau rasa madu: ~ kuih ini. 2 sedap dipandang; cantik; elok: Anaknya ~-~ belaka. 3 sangat menarik hati (ttg kelakuan, tutur kata dll); sangat peramah dan lemah lembut kelakuannya: Dia telah menyambut ketibaan kami dgn muka yg ~. ~(-~) buah tidak berapa manis (spt manis kuih, bubur). ~ budi bahasa bertingkah laku yg baik dan bersopan santun. bermanis bercakap atau bertutur dgn kata-kata yg manis. bermanis-manis melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. memaniskan menjadikan manis: Ketika berbincang dgn kami, dia sentiasa ~ mukanya. manisan 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. kemanisan keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. pemanisan perbuatan atau hal memaniskan. pemanis apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manis I | manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasihkasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit I | 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah dimakan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi mengandungi pengajaran itu mendatangkan kebaikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang menyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadikan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manis mulut | pandai menggunakan kata-kata dan dgn sopan santun serta tidak menyakiti hati orang lain. bermanis mulut menuturkan kata-kata yg manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |