Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.man.ja] | برمنجا

Definisi : berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.man.ja] | برمنجا

Definisi : berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tinggi-tinggi si matahari,
     Sama timbang bungalah lawangsa;
Indung-indung boleh kucari,
     Hilang kekasih di mana bermanja.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bermanja-manja, bermanja-manjaanber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad;Kamus Dewan Edisi Keempat
bermanja-manjaberjinak-jinak; beramah-tamah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermanjaberkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermanjaberlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
manja I1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
manja1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergesengbergesek kerana hendak bermanja; kalah adat dik muafakat, kalah kemat dik ~ prb tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
geseng(géséng); bergeseng bergesek kerana hendak bermanja; kalah adat dik muafakat, kalah kemat dik ~ prb tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beradik1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;Kamus Dewan Edisi Keempat
keenakan1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas