Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.dah.mu.dah] | برموده-موده

Definisi : menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.dah.mu.dah] | برموده-موده

Definisi : menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bermudah-mudahmenganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh;Kamus Dewan Edisi Keempat
bermudah-mudahmenganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermudah-mudahmenganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh.Kamus Pelajar
mudah I1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mudah I1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb.Kamus Pelajar
mudah I1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas