musuh I | 1. orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg mengancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg merosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbangan, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tumbuhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermusuh | , bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musuh | 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |