melagu | bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyi | , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan melagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyanyi | gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam; bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; nyanyian nyanyi penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meragam | 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernyanyi | , menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagu | 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulangulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadung | ; berdadung bernyanyi utk menidurkan anak, berulit; mendadung, mendadungkan menyanyikan anak supaya tidur, mengulit(kan), mendodoikan, mendondong; ® daduh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulit I | ; berulit 1. sedang bernyanyi utk menidur-kan anak, berdondang utk menidurkan anak; 2. = ~ dgn tidur bersama-sama, tidur dgn: dia ~ dgn anaknya; mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulit-kan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; pengulit 1. lagu atau nyanyian utk menidur-kan (anak dll), dodoi, dondong: maka biduan-da yg baik suara pun menyanyilah lagu ~ putera raja beradu; 2. penghibur (hati), pelipur: ceteranya dipindahkan drpd bahasa Jawa kpd bahasa Melayu, akan penghibur hati yg masyghul, akan ~ hati yg dendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragam | I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarik | bp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) seseorang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |