berorientasikan | mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kefoya-foyaan | keadaan bersuka ria atau bersenang-senang: pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaspirasikan | mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunalisme | semangat yg lebih menitikberatkan kepentingan sesuatu kaum sahaja, faham perkauman: aliran politik yg sempit yg berorientasikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
foya | ; berfoya-foya, foya-foya bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta (dgn menghabiskan masa dan wang): bekerja itu dapat membendung hawa nafsu ~ yg timbul jua sesekali dlm hatinya;kefoya-foyaan keadaan bersuka ria atau bersenang-senang: pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orientasi | (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |