Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.da.pa.da] | برڤادا - ڤد

Definisi : 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.da.pa.da] | برڤادا - ڤد

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pada2
Kata Terbitan : berpada, berpada-pada, memadai, memadakan, memada-madakan,

Puisi
 

Orang Daik menumis lada,
     Lada ditumis dalam kuali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jauh sekali.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpada-pada1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpada-pada1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpada-pada1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak.Kamus Pelajar
qanaahAr sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dgn apa yg ada.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpatut-patutada had atau batasnya yg patut, berpada-pada;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpatut-patutada had atau ada batas yg patut; berpada-pada: Kalau meminta, biarlah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jahatburuk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbuat1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;Kamus Dewan Edisi Keempat
cetek (céték)1. tidak dalam (bkn sungai dll), tohor, cangkat, dangkal: binatang ini hidup di air yg ~ dekat pantai; 2. tidak dalam atau tidak tinggi (bkn ilmu pengetahuan), dangkal: pengetahuannya tentang perkara itu amat ~; dalam menyelam ~ bertimba prb hasil yg sedikit itu digunakan dgn berpada-pada; mencetekkan menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan: ~ sungai; kecetekan 1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pada II1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas