berpadu | 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpadu suara | a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpadu padan | a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpadu | 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpadu | 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. | Kamus Pelajar |
valensi | (valénsi) (Kim) kuasa berpadu suatu atom, jumlah atom hidrogen yg berpadu dgn (dapat menggantikan) satu atom sesuatu unsur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berasimilasi | berpadu menjadi satu: Mungkin terdapat perbezaan budaya yg telah mengurangkan kecenderungan golongan penduduk ini ~ dgn penduduk kulit putih yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasimilasi | berpadu menjadi satu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termesra | sudah berpadu benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berintegrasi | bergabung, berpadu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |