berpahala | mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makruh | perkara yg tidak disukai Allah, yg tidak ditegah atau tidak diharamkan melakukannya tetapi berpahala jika meninggalkannya (spt merokok, memakan bawang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pahala | ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan; berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dosa | 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |