berpalut | berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palut | balut, bungkus, salut, sampul, sarung; elok ~, pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik; berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah; memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja; terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu; palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~ kuahnya yg pekat lagi beraroma; pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |