berpantang | 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdiet | berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpuasa | 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas pantang | sesudah waktu berpantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ajal | 1 had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2 kematian; maut: menemui ~ mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarak I | Ar 1. pengekangan hawa nafsu dgn bertapa (berpuasa, berpantang, dll); 2. Mn tapa; bertarak 1. mengekang hawa nafsu (dgn berpantang, berpuasa, dll); 2. Mn bertapa, mengasingkan diri; 3. Mn berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu); pertarakan perihal bertarak, pertapaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. | Kamus Pelajar |
ajal | 1. had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2. kematian; maut: menemui ~nya mati. | Kamus Pelajar |
ajal | batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; menemui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapa I | usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dgn cara berpantang makan, mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah); bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk memperoleh kesaktian, kekebalan dll): maka kakinya diikatnya, kepalanya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~; 2. bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak menampakkan diri); mempertapakan hendak memperoleh sesuatu dgn jalan bertapa; pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa; pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |