parlimen | majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara; berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berparlimen | 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demokrasi | (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengamalkan | 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal | 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |