berpengalaman | mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulung | 2 berpengalaman; cekap; terbaik: Beliaulah pejuang kemerdekaan Melayu yg ~. | Kamus Pelajar |
novis | orang yg baru dan tidak berpengalaman dlm sesuatu bidang, pekerjaan, situasi dsb: dia menjuarai kategori ~ dgn memperoleh 70 mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang tua-tua | orang yg dianggap tua dan berpengalaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setampuk pinang | ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengurut | 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bestari(wizard) | Berkenaan pengguna komputer yang sangat cerdas dan berpengalaman. | Kamus Komputer |
masih berbau pupuk jerengau | bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawakan | Jk 1. tua benar, tua bangka; 2. ki sudah berpengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawak | Jk 1. tua benar, tua bangka; 2. ki sudah berpengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |