perangai | 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berolah | 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertabiat | 1. berperangai, berkelakuan: mengapakah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beresmi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olah I | 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-mainkan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berperangai | 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berolah | 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berolah | 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-mainkan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. | Kamus Pelajar |
tabiat | 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: mengapakah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beresmi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meraban | 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergila-gila | 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |