Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
curiga1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu mena­nyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencuri­gai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlagak1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh;Kamus Dewan Edisi Keempat
berperasaan1. ada atau mempunyai pera­saan: orang yg tidak ~; mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan: pelukan­nya menjadi semakin kuat dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
curiga1. berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat dll); syak; waswas: Apabila pemuda itu menanyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2. berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencurigai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka.Kamus Pelajar
cinta1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyegan1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
segan1 orang yg berperasaan segan; pemalu.Kamus Pelajar
penyegan1 orang yg berperasaan segan; pemalu.Kamus Pelajar
cinta1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasa­an sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walau­pun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cinta1. (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2. (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik-asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3. perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. bercintakan 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar:~ seni.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas