Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpintu 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pintu1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpintu1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
bilik I1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas