Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pisah Icerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai-berai1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri; bercerai-berai berpisah-pisah; mencerai-beraikan menyebabkan cerai­-berai (porak-peranda dll), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain drpd Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu drpd jalan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai-beraikejadian atau hal berpisah dan tidak lagi sbg suami isteri: Mereka tidak mahu ada ~ dlm keluarga mereka. bercerai-berai 1 berpisah-pisah tidak keruan; berpecah belah; porak-peranda. 2 tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikan menjadikan bercerai-berai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersebak1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersebak1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengerak1. berpisah atau bercerai (drpd), bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bererak1. berpisah atau bercerai (drpd), bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bercerai-berai1 berpisah-pisah tidak keruan; berpecah belah; porak-peranda. 2 tidak lagi sbg suami isteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebak/sébak/; bersebak 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah. menyebak 1 mem­buat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). 2 membuka (halaman buku dll); menyingkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
erak(érak); bererak, mengerak 1. berpisah atau bercerai (drpd), bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dll); mengerak, mengerakkan 1. menguraikan, melepaskan atau membuka (lingkaran rotan, dawai, dll); 2. menceraikan atau memisahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas