puasa | 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Islam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpuasa | 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarak I | Ar 1. pengekangan hawa nafsu dgn bertapa (berpuasa, berpantang, dll); 2. Mn tapa; bertarak 1. mengekang hawa nafsu (dgn berpantang, berpuasa, dll); 2. Mn bertapa, mengasingkan diri; 3. Mn berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu); pertarakan perihal bertarak, pertapaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertarak | 1. mengekang hawa nafsu (dgn berpantang, berpuasa, dll); 2. Mn bertapa, mengasingkan diri; 3. Mn berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memestikan | 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juga | 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebagai | 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelihatan | 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rukyah | 1 penglihatan. 2 = rukyatulhilal perbuatan melihat anak bulan utk menentukan permulaan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah: Kita mula berpuasa mengikut ~ dan hisab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rukun I | 1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |