sangga I | benda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah; ~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~ mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; penyangga benda yg digunakan utk menyang-ga (menopang, dll): ~ senapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersangga | 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersandar | 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersandar | 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sandar I | ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (membiarkan diri) bersandar pd: Dia dilarang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 meletakkan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat bersandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sandar I | ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |